Daisypath Anniversary tickers
L.C.K
Assalam dan selamat sejahtera ..
Lama ku x update blog ini.. mencari kekuatan utk menceritakan perjalanan IVF pertamaku berakhir pada 25 April. Pada 23 April bersamaan day17 after ET, selepas berjumpa doktor tokha utk kali terakhir, doktor sahkan IVF gagal sebab UPT x naik double. Result darah atau Beta HcG pada Day10 aritu 10 saja ..

Melalui Google if result beta dalam range 10 ni, termasuk dalam grey area sama ada pregnant or tidak. .. ujian perlu di ulang semula dan day17 ulang UPT masih 1 line so memang gagal pregnant.
Alhamdulillah, masih mampu menahan airmata di depan doktor, masih mampu tersenyum. Hati ini biarlah Tuhan yang tahu. 
If IVF aku berjaya, due date nya bulan Dec tahun ni, seperti pengiraan di atas .. Allahu .. Maha Suci Allah, rezki kami masih belum sampai lagi .. Allah masih simpan anak2 kami di arashi dan rancang yang terbaik utk kami suami isteri di sini .. Insha Allah anak2 mama .. suatu hari nanti, hari yang ditunggu2 akan menjelma dengan izinNya.. mama akan tunggu waktu itu dengan penuh sabar ...