L.C.K
Hari ini 24.2.2021, hari yang dinanti dengan debaran oleh semua pasangan yang menjalani IVF
Prosedur untuk kumpul or keluarkan ovum dari ovari. Biasa nya dalam prosedur ini pesakit akan ditidurkan atau dibius penuh. Sebelum proces ini, pesakit perlu disuntik Hocg/hormon untuk trigger telur untuk pecah, biasa dilakukan dalam tempoh 36jam sebelum OPU. Jadi aku isnin lepas 22/2 jam 9malam kena suntik ubat ni sendiri.
Banyak nak cerita pengalaman buat IVF di HKL, antaranya mungkin bagus untuk jadikan ikhtibar, tentang waktu. Untuk appointment di HKL, sila datang awal jika tidak anda kena marah macam saya. Hahaha.. Saya berulang dari JB-KL, dan kami selalunya gerak pukul 3-4am suatu hari kami terlambat bangun pukul 530am baru gerak, padahnya lambat sampai dalam kol 9am, appointment biasa akan tulis 730am.
Untuk prosedur di zaman pandemik ni, ada macam2 process yang perlu dilalui seperti buat covid19 test before kena masuk ward. Jadi ketepatan masa sangat penting bagi pihak hospital.
Hari ini kami diberitahu untuk datang 630am, jadi jam ini kami sudah terpacak di muka pintu klinik untuk register, sebelum pukul 7, saya sudah pon memakai gelang untuk dimasukkan wad, tapi suami dalam masa yang sama kena register untuk prosedur suami. Suami perlu keluarkan sperma hari ini.
Mohon doa dari pembaca budiman supaya IVF kami kali ini berjaya. Aaaminnn
Gelang merah
Jaga SOP, beratur jarakkan diri
L.C.K
Hari ini 18.2.2021, saya datang untuk TVS kedua. TVS pertama saiz telur masih bawah 2cm, kiri kanan jumlahnya 3-5biji saja.
Keadaan ini normal untuk pesakit endometriosis yang telah menjalani 2x operation seperti saya. Pada rakan2 seperjuangan, selalu ingatkan diri, bahawa quantity is bonus but the important is the quality of the eggs.
Baru lepas tvs nampaknya result masih tidak memberansangkan. Telur x banyak yang matang, saiz kecil-kecil 2cm, hanya 1 yang saiz besar dari lain2. Yang membesar adalah endometrioma.. 😔
Doktor tanya rekod sebelum ni, nasib baik bawa rekod ubat dan cucuk sebelum ni. Mereka nak decide either abandon or teruskan OPU.
Saya? Pray for the best.. nanti saya update lagi. Pray for me!!
Salam sayang
Cindakiem
L.C.K
Hari ini 15 Feb 2021, sekarang dalam perjalanan ke KL, planning gerak pukul 3am, tapi kelewatan. Akhirnya dekat pukul 5am baru gerak. Sepatutnya kami kene sampai 7am untuk pendaftaran.
Hari ini akan scan telur-telur dalam ovari untuk mengetahui saiz dan jumlahnya. Scan ni dinamakan TVS or transvaginal ultrasound, atau scan melalui vaginal. Biasanya ada 2 jenis scan melalui TVS or scan di atas abdomen saja. TVS lebih jelas untuk scan telur-telur dalam ovari. Tips untuk tidak merasa sakit, jangan keraskan badan, tarik nafas dalam, then lepas slow2.. rilex.. 😬😅
Doakan telur-telur saya sihat. Insha allah
Salam sayang,
Cindakiem
L.C.K
Hari ini , hari ke 6 mencucuk diri. Hari ini bertambah lagi 1 jenis cucuk - Orga (nama pendek dia, nama panjang ku x reti nak eja) . Ubat ni untuk mengelakkan telur2 dalam kilang ovari pecah.
Bagaimana rasanya lepas semua injections ini? Seperti penah saya ceritakan sebelum ni, pada mulanya badan tengah nak serasikan dengan ubat-ubatan, jika saya rasa pening, mual , panas dan sakit-sakit badan setelah hari ke 6 ni simtom-simtom tu berkurangan. Cuma kadang-kadang pening. Lepas injections akan rasa pedih dan sengal di tempat injections. Itu saja.. Semua orang tidak akan sama simtom atau efeknya. Sebab manusia Allah jadikan setiapnya sangat unik dan istimewa.
Pada yang sedang melaluinya, enjoy it, percayalah tidak semua berpeluang seperti kita. Keep in the positive ways always. Kita hanya merancang , yang terbaik Allah tentukan.
Salam sayang..
Cindakiem❤️
L.C.K
Siapa tahu dan menyangka, pada usia terakhir 30 series, saya masih berjuang untuk menjadi ibu , mama, dan mak untuk seseorang yang di panggil zuriat. Rasa bimbang , rasa sunyi, sepi dan lain-lain tu saya pernah lalui.
Buat rakan-rakan yang senasib dengan saya, percayalah semua apa yang anda rasa telah saya rasai. Kadang-kadang bila kita bersedih, menangislah, moga tangisan itu lebih melegakan. Bahagia terletak di tangan kita, buatlah pilihan yang terbaik.
Hari ini hari ke 4 saya mengambil suntikan Gonal F (225ml) dan Humoq (150ml). Saya sebenarnya agak bimbang masih tidak merasa sakit or sengal2 di bahagian lower abdomen or ovaries. Saya x pasti adakah ubatan ini sesuai atau tidak dengan badan saya.
Fikir yang baik2 saja insha allah..
Thank you hubby, for this suprise.. happy birthday to me!!
It’s 39 years before we go to 40series.. ðŸ¤
L.C.K
Hari ini, 8 Feb 2021, merupakan hari pertama aku mencuba untuk menyuntik ubat-ubatan untuk IVF. Kali ini aku dibekalkan dengan ubat berbeza dengan IVF pertama ku, tapi sebenarnya fungsinya sama saja. Untuk simulate ovari supaya menghasilkan telur yang banyak dan besar.
So ubat kali ini bernama Gonal F (225ui/day)& Humog (150ui/day). Mula2 nak bancuh Humog tu memang makan masa juga. First time gunakan, mula2 cecair tu xnak masuk ke stringe.. huhu 🤔.. harapnya esok tiada masalah..
Tapi yang aku nak coretkan di sini ialah side effect when using Gonal F dan Humog, lepas selesai injection mula rasa lengoh2 dan bisa area sendi2, rasa macam nak demam pon ada. Then malam mula pening2, continue sakit sendi2 dan tidak selesa tekak, mual.. sepanjang siang dan malam tekak rasa terbakar, panas.. walaupon da minum air kosong almost 3 liter, masih rasa hot sensation dalam mulut. Staff Nurse HKL memang pesan banyakkan minum air.
Dulu masa IVF pertama seingat aku xde rasa side effect begini. Masa tu guna Puregon 200iu/day. Waktu injection sama je pagi. Mungkin setiap orang reaksi pada ubat berbeza, mostly aku baca, side effect nya - headacne, loya, mual, gatal or redness dekat bekas injection..
Masa menulis ni, aku masih merasakan dalam mulutku macam ada kebakaran, dan kepala yang sengal dan pening. Semoga terus kuat menghadapi kesakitan ini. We’re strong as there no other options.. 😔
L.C.K
Hari ini 8/2/2021 - Malaysia masih dalam situasi pandemik, Covid19 masih berleluasa dan kami dalam tempoh PKP2.0 kerana kes-kes yang terus meningkat. Setiap hari merekodkan 4 angka, sudah xpenah lagi turun ke 3 angka dan zero seperti sebelum ni.
Aku dan suami, terpaksa mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk prosedur IVF kali ini. Ini bukan kali pertama kami ke sini, tahun lepas pada 24.12.2020, kami telah dipanggil untuk check up - cek kondisi rahim dan ovari aku, sekali dengan penerangan tentang giliran IVF di sini. Kami buat di Hospital Tuanku Azizah atau dikenali Hospital Wanita dan kanak2 dalam kawasan sama dengan HKL. Kami diberi peluang untuk buat IVF hanya sekali ini saja.
Process pemindahan kes dari HSI ke HKL, alhamdulillah dipermudahkan dan giliran menunggu pon dipercepatkan atas faktor kes dan umur.
Hari ini sesi pertama prosedur IVF, kami diberikan kaunseling dan penerangan jelas tentang prosedur dan kos terlibat. Kenangan yang patut diingati oleh kami apabila tong ais (untuk letak ubat2 IVF) kecil dan kami disuruh beli yang lebih besar bersaiz minimum 10liter. Berpagian kami mencari kedai2 menjual tong ais tu di ChowKit road. Berpeluh juga ketiak kami. Hahaha
Waktu menulis catatan ini, kami dalam perjalanan pulang dari KL ke JB. Insha allah berjumpa lagi di lain lembaran. Doakan yang terbaik untuk kami.
lagenda cinta kita (TTC 2010-2021)
2nd IVF journey 2021
1st IVF journey 2019-Fail