Daisypath Anniversary tickers
L.C.K

 Period akhirnya datang juga 8 Mar, waktu malam. So aku kira cd1 pada 9 Mar. Kali ini dalam sejarah, period paling menyakitkan. Aku pula baru bermula kerja dari ofis pada hari Isninnya, selama 2 hari setiap malam aku rasa sakit area lower abdomen ke kaki. Inilah pertama kali aku rasa macam ni. Menahan sakit sampai meleleh airmata, tapi aku xakan makan ubat tahan sakit.. 

Waktu sama aku pula kena selsema. Sebenarnya aku baru tergerak hati nak mencuba alternative perubatan popular bangsa Cina- Akupuntur. Jadi hari Sabtu sebelum period tu aku berjumpa seorang tabib/physician untuk rawatan Akupuntur. Di Johor ni, rawatan alternatif ni tidak berapa popular seperti di selangor dan kl - tung Shin or Xi fertility yang katanya memang specialist dalam bidang infertility. 

Tapi di sini ada perawat perempuan jadi rasa ok sikit untuk dicucuk area perut dan punggung untuk akupuntur infertility. Aku masih lagi dalam rawatan, seminggu aku kena datang 2x untuk Akupuntur, ada juga amek herba2 yang dicadangkan untuk aku.. tapi its depend if xnak amek pon tape, tiada paksaan. Tapi aku amek sebab dia kata sumbernya dari tumbuhan dan tiada binatang, dan vegetarian people also boleh makan.. 

Nanti aku cerita lagi tentang rawatan ini dan di mana aku buat serta kosnya sekali. Sekarang pon tengah tunggu giliran untuk di Akupuntur.. 

L.C.K

 

Ikutkan gambar ini period da kira due dan delay. Tapi bagi saya belum lagi, maybe bulan ni lambat sikit sebab ubatan yang diinjet or dimakan sebelum dan sekarang ini. Cycle length saya biasa 28-30hari, applikasi itu letak 27 days sebab saya akan catit dalam ni setiap kali saya period, mungkin sebelum ni saya penah dapat cycle pendek 26-27days. 

Saya ada ambil supplement seperti Asid Folic dan ubat herba dari Chinese Medicine Center. Sabtu lepas saya buat acupuncture, tergerak hati untuk mencuba, saya cari tempat yang berdekatan rumah supaya saya senang nak pergi appointment nanti. So saya pergi 1 pusat ni di Paradigm Mall, namanya Kang Seng TCM, physician. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan saya perlu pergi seminggu 2x untuk Acupunture. Sebahagian dari usaha saya untuk get ready rahim dan dalaman saya untuk implementation process nanti. 

Rasa pelik cycle jadi panjang pula this time dan saya mengalami kegatalan or perhaps keputihan area vagina. Kita tunggu lah day 34, if masih x datang period juga. Then kenalah cek kenapa.. .. sebab cycle saya biasa xkan panjang lebih dari 33 days tanpa support ubat apa2.. .. 

Moga semua nya baik2 saja.. Insha allah.. 

L.C.K

Syukur itulah yang pertama dilafaskan, last OPU, doktor dapat 3 biji telur dan doktor sedut keluarkan endometrioma dekat kedua belah ovari. 

Kena warded sehari di HKL, so merasa duduk wad bangunan baru tu, cantik dan luas. Selepas OPU saya dihantar ke wad, masa OPU saya tidak bawa handphone or apa-apa beg, saya ingatkan tiada tempat nak letak or bahaya tiada sape akan jagakan barang or beg tu waktu OPU.

 Tapi sebenarnya ada je tempat kite bole letakkan beg, so nasihat saya sesiapa yang buat OPU di sini sila sediakan beg untuk letak pakaian dan handphone. Jadikan cerita haritu saya xde papa even telefon, sampai terpaksa pinjam telefon bimbit pesakit lain untuk hubungi suami. 

Hari ini 4 March, saya berjumpa dengan Doktor Chua untuk review perkembangan saya selepas OPU, alhamdulillah endometrioma takde sebab da disedut waktu OPU. 

Alhamdulillah dari 3 telur, 2 daripadanya dapat disenyawakan dan Alhamdulillah sebab pertama kalinya dapat melihat embrio kami setelah dicantumkan perkembangan cel 5-7, gred 3. Embriologyst tunjukkan gambar embrio kami day3 sebelum dibekukan. 

Sebelum ni IVF pertama dapat 3 embabies gred 2-3 lebih kurang itu juga. But failed. 

Apapun kami bersyukur walaupon perjalanan IVF ke2 ini masih panjang, selepas ini akan menjalani OPH (singkatannya untuk masukkan camera ke dalam rahim) procedure ini untuk cekkan keadaan rahim sama ada sesuai dan baik untuk embrio transfer. Saya pon x pasti nama penuh dia OPH tu. 

Saya doakan semoga semua pasangan yang berjuang untuk mendapatkan zuriat seperti saya akan berjaya juga nanti. Insha Allah.. Kita berserah padaNya. 


Salam Sayang,

LynnBahrin