Syukur itulah yang pertama dilafaskan, last OPU, doktor dapat 3 biji telur dan doktor sedut keluarkan endometrioma dekat kedua belah ovari.
Kena warded sehari di HKL, so merasa duduk wad bangunan baru tu, cantik dan luas. Selepas OPU saya dihantar ke wad, masa OPU saya tidak bawa handphone or apa-apa beg, saya ingatkan tiada tempat nak letak or bahaya tiada sape akan jagakan barang or beg tu waktu OPU.
Tapi sebenarnya ada je tempat kite bole letakkan beg, so nasihat saya sesiapa yang buat OPU di sini sila sediakan beg untuk letak pakaian dan handphone. Jadikan cerita haritu saya xde papa even telefon, sampai terpaksa pinjam telefon bimbit pesakit lain untuk hubungi suami.
Hari ini 4 March, saya berjumpa dengan Doktor Chua untuk review perkembangan saya selepas OPU, alhamdulillah endometrioma takde sebab da disedut waktu OPU.
Alhamdulillah dari 3 telur, 2 daripadanya dapat disenyawakan dan Alhamdulillah sebab pertama kalinya dapat melihat embrio kami setelah dicantumkan perkembangan cel 5-7, gred 3. Embriologyst tunjukkan gambar embrio kami day3 sebelum dibekukan.
Sebelum ni IVF pertama dapat 3 embabies gred 2-3 lebih kurang itu juga. But failed.
Apapun kami bersyukur walaupon perjalanan IVF ke2 ini masih panjang, selepas ini akan menjalani OPH (singkatannya untuk masukkan camera ke dalam rahim) procedure ini untuk cekkan keadaan rahim sama ada sesuai dan baik untuk embrio transfer. Saya pon x pasti nama penuh dia OPH tu.
Saya doakan semoga semua pasangan yang berjuang untuk mendapatkan zuriat seperti saya akan berjaya juga nanti. Insha Allah.. Kita berserah padaNya.
Salam Sayang,
LynnBahrin