L.C.K
Hari ni ada appointment dgn doktor tokha lagi..
Kelmarin bermimpi buruk, ada sore beritahu Akan amek janin2 Dan ivf ni xkan berjaya.. Wallahualam .. Moga Allah melindungi aku Dan babies..
Tapi hari ni juga aku gatal cek upt, dpt negatif hati da xkeruan.. Allah Allah Allah.. Hanya Allah kekuatan ku..
Moga semuanya berakhir dgn baik2.. Aaaminnn..
L.C.K
Subhanallah Maha suci Allah segala puji2an hanya padaMu Ya Allah..
Sabtu 6 Apr tarikh yang penting, embrio Akan dipindahkan ke rahim ku.. Inila process terakhir Dan kritikal dalam IVF. allahuakhbar.. Selepas pemindahan ini hanya tawakal Dan pengharapan kepada Yang Esa untuk membentuk Dan mencipta serta mengekalkan janin / embrio tadi berkembang Di dalam rahim ibu..
Alhamdulillah.. Dari 6ovum yang dikeluarkan Dan disenyawakan hanya 3berkembang sebagai embrio.. Alhamdulillah ada juga kan?? 3 embies tiada simpanan utk masa depan.. Ketiga2 embrio dimasukkan ke dalam rahimku.. Procesnya tanpa bius, muncung itik dimasukkan ke vagina Dan menggunakan stringe bertiub panjang agar tercapai tempat terbaik dalam uterus.. Lalu ketiga2 embrio diinjek ke dalam uterus..
Tiada kesakitan. . Insha Allah.. Jangan risau ya utk rakan2 yg Akan first time buat et or fet..
Gred embrio kami 2 darinya gred1 ke 2, Dan 1 darinya Gred 2.. Gred 2 slow sikit embryologyst beritahu kami.. Apa2pon kami bersyukur, sekurang2 benih2 tu menjadi embrio..
Hari ini Hari ke 3 lepas ET ,appointment doktor arini.. Ku x sure ape yg doktor Akan cek.. But he's know the best, kita usaha sebaiknya.. Selebihnya urusan Allah..
Semoga triplet mami terus kuat, sihat Dan berkembang dlm rahim mami ya.. Aaaminnn..
L.C.K
My hubby kerja shift.. Cuti dia x menentu.. Keje shift 12jam .. Khamis lepas dia kena buat SA (semen analysis) dekat Victory IVF. Malam sebelumnya dia kerja malam.. So pagi2 dgn kurang tidur Dan rehat dia terus g cek SA.
Then malam nya tu kami bertolak ke melaka dgn parents aku.. So kitorg gerak dari jb dlm pukul 11mlm sampai kluang amek mak abah terus ke melaka sampai melaka 3lbih am. Fuhhh.. penat.. Paginya tu aku terlambat sikit injek Perut..
Jumaat ada kenduri rumah akak.. Sabtu mmg kitorg da plan nak g tgk konsert ella tu tiket da beli Feb lagi.. Sesambil turun kl aku g klinik homopati dekat pkns bangi, then beli ayam organik dgn my frenz yatz.. Tq sebab sanggup hantarkan ke istana budaya sebab xnak kitorg terkejar2..
Lepas konsert kol 12lbih kami terus bertolak balik ke Jb. Badan memang da penat dgn xmandi seharian. . My hubby da x larat so kitorg benti kat hentian sebelah tangkak tido dari kol 3am-545am.. Lepas cucuk Perut, solat subuh. Kitorg gerak semula ke jb..
Sampai JB kol 8lebih g sarapan. And now at 1034am again in car gerak ke hospital.. Appointment at 11am ..
Kucoretkan di sini sebagai kenangan manis kami.. Perjalanan yg memenatkan.. tapi mengandungi seribu 1 kenangan utk kami suami isteri.. We love music 🎶 .. I love Ella since young.. He's love musicians musical konsert..
L.C.K
Ivf journey
Hari ni first tvs selepas beberapa Hari cucuk puregon.. Untuk tengok brape telur sedang berkembang..
Not a good sign or result but I was expecting the result. Sebab dalam tempoh 9tahun ni .. Aku kenal sangat dgn badan sendiri.. Aku tau ovari mane yg Akan menghasilkan telur Dan sebagainya.. Aku biasa alert dgn tanda Dan perubahan dalam diri.
Hari ini, result tvs menunjukkan ovari kiri hasilkan 3-4biji telur saja, ovari kanan kedudukan susah doctor nak tgk, doktor target dalam 3biji so total doktor simpulkan bawah 10biji ovum.
Bilangan yg sikit utk procedure ivf tapi doktor kata if ada satu pon bole menjadi baby.. Ovaries untik pesakit endo terutama macam kes Aku tahap 3-4 Dan 2x operation utk buang endo, so sel2 ovari yg menghasilkan ovum berkurang setiap kali operation .. So redha Dan terus redha..
Hanya pada mu Tuhan ku berserah..
Hari dapat 2 jenis injection utk dibawa balik - puregon (besar Dan bykkan telur), og (utk tahan telur dari pecah sebelum prosedur opu). 2 2 kene inject diperut..
Tuhan andai rezki zuriatku masih jauh, kau dekatkanlah, andai Di langit kau turunkanlah, andai Di bumi kau keluarkan, andai haram kau sucikanlah, andainya sukar kau permudahkanlah.. Dengan rahmat mu, kecantikanmu, kekuasaanmu..
Aaaminnn..