Daisypath Anniversary tickers
L.C.K

Alhamdulillah..

Hari ini 24 Mar 2019, aku akan mulakan balik blog LCK (lagenda cinta kita).. Aku ingin kongsikan pahit manis kami dalam mengejar impian kami menanti permata hati kami.. 

Sama seperti pasangan suami isteri lain, mempunyai zuriat sendiri adalah impian setiap rumahtangga.. Kami masih menanti Dan Akan terus menanti hadiah ini.. Tahun ini masuk Tahun ke 9 penantian kami.. 

Pelbagai usaha kami lalukan rawatan tradisi Dan moden.. Namun rezki ini masih belum berpihak pd kami.. 

Aku ada masalah endometriosis Dan adenomysis yg menambah kesukaran utk mengandung..  2x menjalani pembedahan pada 2011 Dan 2018.. Endometriosis tahap 3-4 tergolong dalam tahap teruk.. Tolong doakan kesembuhan aku ya.. Terima kasih.. 

Pada tarikh 21 Mar 2019, kami decided untuk buat rawatan ivf utk mendapatkan zuriat.. Sekali lagi kami ke hospital regency johor bahru.. Sebab pd 2018 aku menjalani pembedahan ke2 Di situ. Doktor Tokha memang cdgkan kami proceed ivf tapi modal belum mencukupi kami tangguhkan utk sekian kali nya.. Sebelum tu, pd 2011 Doktor Rajesh dari Columbia Asia nusajaya pon mencadangkan hal sama.. 

Tahun demi Tahun kami tangguhkan ivf ni Sebab kami tiada modal Dan kekangan masa..  Iya aku begitu komitted dgn kerjaku.. Sekarang aku sedar dgn umur yg semakin meningkat, peluang daku utk mengandung zuriat sendiri semakin menipis.. Lalu daku turn around 360.. Moga aku kuat Dalam mengharungi dugaan ini.. 

Bersambung....
Labels:
0 Responses