Daisypath Anniversary tickers
L.C.K
Ivf journey

Hari ni first tvs selepas beberapa Hari cucuk puregon.. Untuk tengok brape telur sedang berkembang..

Not a good sign or result but I was expecting the result. Sebab dalam tempoh 9tahun ni .. Aku kenal sangat dgn badan sendiri.. Aku tau ovari mane yg Akan menghasilkan telur Dan sebagainya.. Aku biasa alert dgn tanda Dan perubahan dalam diri.

Hari ini, result tvs menunjukkan ovari kiri hasilkan 3-4biji telur saja, ovari kanan kedudukan susah doctor nak tgk, doktor target dalam 3biji so total doktor simpulkan bawah 10biji ovum.

Bilangan yg sikit utk procedure ivf tapi doktor kata if ada satu pon bole menjadi baby.. Ovaries untik pesakit endo terutama macam kes Aku tahap 3-4 Dan 2x operation utk buang endo, so sel2 ovari yg menghasilkan ovum berkurang setiap kali operation .. So redha Dan terus redha..

Hanya pada mu Tuhan ku berserah..

Hari dapat 2 jenis injection utk dibawa balik - puregon (besar Dan bykkan telur),  og  (utk tahan telur dari pecah sebelum prosedur opu). 2 2 kene inject diperut..

Tuhan andai rezki zuriatku masih jauh, kau dekatkanlah, andai Di langit kau turunkanlah, andai Di bumi kau keluarkan, andai haram kau sucikanlah, andainya sukar kau permudahkanlah.. Dengan rahmat mu, kecantikanmu, kekuasaanmu..
Aaaminnn..
0 Responses